Monday, May 11, 2009

Pokok-pokok di Jepun


Kali ni pics pokok-pokok plak. Yang kat atas ni anak pokok Wisteria. Ala macam Wisteria Lane
tu la.

Yang ni anak benih pokok sakura.

Yang ni anak pokok oren Jepun.

Pokok bonsai pelbagai jenis. Banyak dari jenis coniferus macam pines.

Yang kiri sekali tu pokok ros, tengah peonies dan kanan tu cherry blossom a.k.a sakura.

yang putih tu jenis perennials tapi tak tau apa nama. yag kanan ni lavender jenis lain rasanya.

yang purple ni lavender yang lain-lain tu tak tau apa nama.

Yang ni macam jenis cosmos tapi tak sure. Then yang kanan pink kaler tu rasanya daisy.

Yang ni tulips.

Yang ni macam Rhododendrons.Tapi tak sure.

Yang atas ni tak tau langsung apa nama.

Yang ni lemon.


Yang ni oren Jepun.


Yang ni peonies Jepang.


Yang ni species Magnoliaceae. Rasanya Magnolia Alba.


Yang ni pokok zaitun.

Osaka - Yokoso!



Jepang (dibaca: Jepun) dan sakura tak dapat dipisahkan. So berikut adalah jenis-jenis sakura yang terdapat disana. Sungguh menakjubkan.















Anak benih sakura.

Kat area rumah member Jepun. Orang sini semua beli barang keperluan harian kat convinient store macam Lawson ni. Very easy. Tapi mahal glar.


Ni pic kat Kyoto old town. Kedai-kedai kat sini semua lama. Ala-ala dalam filem Oshin/ Akantare. Belakang aku tu pokok sakura in full bloom. Nice kan.



Aku rasa yang ini Geisha betul. Pasal mekap dia nampak real dan kimono dia sangat elaborate. Pic geisha palsu ada dibawah.




Yang ni booth jual sakura jeruk. Aku tak beli sebab gheganya agak mahal.

Membelakangkan pokok sakura.
Rileks kat area taman mengadap bandaraya Osaka.


Ni kat atas bukit kat kuil lama di Kyoto. Aku baru je tilik nasib dan ikut kata tulisan pada kertas ni, aku bernasib malang. So cara nak buang soi ni aku kenalah gantung kertas ni pada birai belakang aku tu. Nanti bila angin bertiup, segala nasib malang ni akan terbang sekali kekdahnya. Macam weng je aku rasa orang Jepang ni.


Dengan Wan membelakangkan bandaraya Kyoto.



Aku dan Takaki di area Kinkakuji Temple, Kyoto.

Kat Osaka. Food joint ni memang best glar. Makan soba mee dan tempura yang takde tandingannya. Takaki belanja. Halal? ermmm insyaAllah takde babi.


McPork ni ada gak dijual di Bangkok.


Kat Kyoto dengan geisha palsu. Diaorag ni bukan Geisha betul. Tourist gak tapi sanggup bayar untuk rasa femes. So bila dah mekap barat segala, harus la ramai yang nak nyendeng amek gamba.

Kat Kyoto gak. Atas bukit dekat kuil lama. Mamat Jepang kat blakang tu nama di Takaki Sato. Nasib aku tak makan kaki dia. Aku tau dia bengang pasal aku tido dengkur tiap tiap malam. Apehal pun mamat ni memang baik (walaupun pada last day kat umah dia, tetiba plak dia teringin nak makan babi adusss). Tahan tekak la kitaorg. Belakang kitaorang tu pokok Magnolia Alba.

Membelakangkan Kinkakuji Temple. Kuil bersalut emas tak berkarat.

Membelakangkan Osaka-jo. Ala-ala istana Takeshi cuma takde la aktiviti-aktiviti giler can lompat sana sini kat sini. Istana ni istana buatan je. Yang asal dah takde.

Bebola sotong yang lazat. Kat Jusco ada jual tapi yang pasti, bebola kat sini lagi lazat!!

Mak aku cakap mana ada orang lelaki bergambo camni. Motif? Yang pasti bunga sakura memang tak tumbuh di Malaysia so rasanya tak salah aku pose camni dok?
Membelangkan parit yang mengelilingi Osaka-jo. Belakang tu bandaraya Osaka.

Ditaman.

Di taman lagi.

Di taman yang ala-ala Inggeris.

Ada jualan bunga segar la plak. Kelihatan Wan member aku, tengah beraksi.

Yup. Aku memang suka bunga. Belah kiri tu pokok Lavender dan yang kanan tu pokok tulip.
Jalan di Dotonbori area. Tengok jalan kat sini, takde lubang pun.

Ini je yang sempat upload. Lain kali aku upload lagi. Sorry photos ni tak ikut kronologi kejadian pun. Main bedal upload jek.